Independet Living Centre Pertubuhan Mahasiswa Istimewa (ILC PERMAI) merupakan sebuah pusat latihan berdikari yang diwujudkan oleh pihak kerajaan Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11). ILC PERMAI merupakan salah satu daripada 7 buah ILC di seluruh negara yang berada di Zon Utara. Tambahan lagi, ILC PERMAI merupakan satu-satunya ILC pertama yang berada dalam universiti di Malaysia. Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), ILC adalah salah satu perkhidmatan asas yang ditawarkan kepada golongan OKU bagi tujuan memperkasakan OKU selain memberi tumpuan kepada aspek penentuan matlamat serta kemahiran hidup berdikari agar OKU lebih bersedia kepada keperluan mereka untuk memulakan kehidupan berdikari.